Pasukan Mata Hari KL Registry dari Malaysia ketika beraksi dalam acara kelas IRC1 memulakan perlumbaan pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

LANGKAWI – Wakil pasukan Malaysia bagi kelas IRC1, Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019, Mata Hari KL Registry turut dilihat bergelut dengan sasaran untuk melakar kejuaraan lima kali berturut-turut.

MGF11012019_REGATTA LANGKAWI22
Ketua pasukan Mata Hari KL Registry, Vincent Chan bercakap pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

Menurut ketua pasukannya, Vincent Chan, drama demi drama terpaksa dihadapi pasukannya itu sepanjang dua perlumbaan hari ini bagi mengekalkan kedudukan keseluruhan kelas berkenaan.

“Pada perlumbaan pertama, kami mengalami kerosakan di bahagian layar, hanya dua minit sebelum kelas disertai dimulakan. Kami berjaya menukar layar lain dan dapat tamatkan perlumbaan di tempat pertama.

“Untuk perlumbaan kedua, ia adalah satu perlumbaan yang panjang. Kami cuba kekal bersaing meskipun kami perlu berhati-hati dengan penggunaan layar baharu ini, jadi kami berjaya untuk dapatkan tempat kedua,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Selepas lapan perlumbaan hari ini, Mata Hari masih mampu untuk mengekalkan kedudukan teratas kelas IRC1 namun sedar saingan masih terbuka dengan kemaraan pencabaran dari Rusia, MegaZip.

MGF11012019_REGATTA LANGKAWI15
Pasukan Mata Hari KL Registry dari Malaysia ketika beraksi dalam acara kelas IRC1 memulakan perlumbaan pada hari keempat Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2019

“Esok (saingan) terlalu terbuka.

“Pasukan Rusia belayar dengan baik sekali dan kami perlu mengejar mereka. Emagine juga belayar dengan baik.

“Harap kami mampu bertahan untuk merangkul gelaran kelima berturut-turut. Untuk esok kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Cuba bertahan (daripada saingan) dua bot utama ini (MegaZip dan East Marine Emagine). Saya berharap kami dapat meraih keputusan yang baik dan kurang melakukan kesilapan,” katanya lagi.

Pasukan daripada Jepun, Char Chan gagal meneruskan persaingan kerana mengalami masalah teknikal. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan