Pengerusi MPPWP Sub Zon 5, Mohamed Mahathir Mohamad Younus merasmikan gimik pelancaran pada Majlis Komuniti Madani Sub Zon 5 di Pusat Niaga LakeFields, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Festival Makanan Madani dianjurkan bagi memberi peluang perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di ibu kota.

Buat pertama kalinya ia diadakan di Laman Hijau, Pusat Niaga Lakefields, Sungai Besi selama 10 hari bermula hari ini sehingga 5 November depan.

Pengerusi MPPWP Sub Zon 5, Mohamed Mahathir Mohamad Younus (tengah) beramah mesra bersama peniaga pada Majlis Komuniti Madani Sub Zon 5 di Pusat Niaga LakeFields, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 OKTOBER 2023.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 5, Mohamed Mahathir Mohamad Younus mewakili Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Festival Makanan Madani menempatkan kira-kira 50 peniaga termasuk premis menjual makanan termasuk makanan Thailand, minuman, perkhidmatan, permainan kanak-kanak pada harga berpatutan.

Pengerusi MPPWP Sub Zon 5, Mohamed Mahathir Mohamad Younus (tengah) beramah mesra bersama penerima sumbangan pada Majlis Komuniti Madani Sub Zon 5 di Pusat Niaga LakeFields, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 OKTOBER 2023.

Pengurus Nasir Sri Bina Enterprise yang menganjurkannya, Nurizrulhana Ibrahim berkata, Festival Makanan Madani yang diadakan di Sungai Besi julung kali diadakan.

Nurizrulhana Ibrahim

“Selepas ini kami akan menganjurkan festival yang sama di kawasan lain di Kuala Lumpur bagi memperkenalkan Festival Makanan Madani,” katanya hari ini.

Selain premis jualan makanan, program pada festival bermula 10 pagi hingga 10 malam itu akan diserikan Pertandingan Karaoke Vaganza pada sebelah malam.- MalaysiaGazette