KKM akan menjalankan ujian saringan ke atas 437 pendatang tanpa izinĀ  (PATI) yang ditempatkan di depot tahanan warga asing di Kuala Lumpur.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan hari ini memaklumkan daerah Kota Bharu di Kelantan kini bebas zon aktif kebolehjangkitan Covid-19.

Menerusi data yang diberikan CPRC mendapati empat pesakit positif Covid-19 di Kota Bahru sudah sembuh pada Isnin.

Dengan perkembangan positif itu, Kelantan kini hanya mencatat satu zon aktif jangkitan Covid-19 iaitu di daerah Tanah Merah dengan satu kes aktif.

Dalam pada itu, daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah.

Daerah Klang yang dikategorikan sebagai zon merah aktif kini memasuki zon kuning dengan 29 kes aktif berbanding 44 kes pada Ahad.

Lembah Pantai masih lagi mencatatkan kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi dengan 289 kes.

Kes positif Covid-19 di Kuching menurun kepada 164 kes; Kota Samarahan 66 kes; Kepong 88 kes; Titiwangsa 60 kes; Seremban 75 kes; Hulu Langat, Selangor 72 kes; Petaling 44 kes; Melaka Tengah 49 kes; Kluang 84 kes; Johor Bahru 47 kes, dan Kuantan 44. -MalaysiaGazette