Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Khalid Abdul Samad

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) tidak ada niat mempertahankan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran tetapi lebih kepada tidak mahu masuk campur urusan Pas.

Itu penjelasan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad.

Beliau seterusnya menafikan tajuk sebuah portal PAN pertahan lawatan Hadi Ke Iran baru-baru ini.

“Mohamad Sabu sekadar menceritakan latar belakang program tersebut. Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Presiden Pas telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.

“Apabila Penasihat Umum PAN, Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab “itu hak dia”,” ujarnya pada satu kenyataan hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, Mat Sabu dan Ahmad sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang kerana tidak mahu dilihat ‘mengambil kesempatan’ mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik.

PAN, katanya, berpandangan bahawa menghadiri Muktamar Perpaduan Ummah dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan wajar.–MalaysiaGazette