Kereta peronda Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat meningkatkan kawalan di White House. foto BBC

WASHINGTON – Seorang lelaki ditahan selepas bertindak memandu kereta sehingga ke pusat pemeriksaan White House pada malam Sabtu.

Ekoran kejadian itu, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat telah meningkatkan kawalan keselamatan di White House.

CNN melaporkan lelaki itu mendakwa mempunyai bom.

Keselamatan di Rumah Putih segera dinaik taraf. CNN melaporkan pemandu mendakwa mempunyai bom.

Suspek ditahan selepas keretanya dalam keadaan mencurigakan dan berada di kawasan jalan yang telah ditutup.

Ketika kejadian, Presiden Donald Trump berada di Resort Mar-a-Lago di Florida.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, yang mengendalikan keselamatan White House, berkata, pemandu itu mendekati pusat pemeriksaan terletak di 15th Street dan E Street NWpada kira-kira 23:05 waktu tempatan (03:05 GMT).

Kejadian itu adalah episod kedua yang menakutkan selepas seorang lelaki sebelum ini melompat dari tempat basikal di zon penampan di hadapan kediaman itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Jonathan Tran, 26, berada di White House lebih 16 minit sebelum dia tahan. – MalaysiaGazette