KUALA LUMPUR – Punca semakin ramai yang tidak mampu memiliki rumah kerana rata-rata pemaju hanya menumpukan pembinaan hartanah mewah berbanding rumah mampu milik.

Itu fakta berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 yang dikeluarkan hari ini.

Dalam laporan itu, kategori rumah mampu milik dibawah RM250,000 mengikut pendekatan Housing Cost Burden (HCB) dan Residual Income (RI) yang digunapakai sehingga tahun 2014.

Kaedah HCB mengambil kira kredit yang disediakan dankemampuan memiliki rumah sebagai peratusan daripada pendapatan isi rumah yang dibelanjakan untuk membeli rumah.

Sementara itu, kaedah RI pula mengambil kira keperluan asas kos isi rumah selepas ditolak kos pendapatan isi rumah dan bakinya menjadi ‘lebihan’ pendapatan.

Ini juga akan mencerminkan keupayaan isi rumah untuk menanggung kos perbelanjaan perumahan (contohnya pembayaran balik pinjaman gadai janji).

Rumah baharu hartanah mewah naik“Tambah memburukkan isu kemampuan memiliki rumah ialah tren pelancaran rumah yang lebih banyak dalam kategori rumah berharga melebihi RM250,000 (Rajah 7).

“Walaupun lebih banyak pelancaran dibuat oleh pemaju antara tahun 2012-2014, bilangan unit rumah mampu milik baharu bagi isi rumah berpendapatan median (di bawah RM250,000) berkurang sebanyak 16,200 unit setahun antara tahun 2008-2009,” kata laporan itu.

Kesannya, kategori rumah mewah yang dibina melebihi RM250,000 tidak dapat dijual kepada pembeli berbanding rumah mampu milik.

“Memandangkan terdapat bekalan berlebihan bagi rumah mewah yang di luar kemampuan isi rumah, sebahagian besar rumah dalam kategori ini tidak dapat dijual (Rajah 8).”

Daripada segi bekalan, jelas menunjukkan pasaran perumahan tidak menyediakan bekalan rumah mampu milik yang mencukupi untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada tahun 2014, kekurangan rumah mampu milik dianggarkan berjumlah 960,000 unit.

Empat buah negeri yang mempunyai tumpuan penduduk bandar yang padat dan berhadapan dengan masalah rumah paling meruncing ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Bagi mengatasi isu rumah mampu milik, laporan itu mencadangkan beberapa langkah iaitu meningkatkan bekalan dan mengurangkan kos rumah mampu milik, membangunkan repositori berpusat sebagai satu cara yang sistematik untuk memantau permintaan dan bekalan rumah mampu milik.

Selain itu, mempergiatkan pembangunan pasaran rumah sewa dan mempelbagaikan sumber pembiayaan rumah mampu milik juga antara jalan penyelesaiannya. – MalaysiaGazette