Jermain Defoe sedih selepas pasukannya tersungkur di tangan Bournemouth di laman sendiri sekaligus tersingkir dari EPL setelah sedekad berada dalam liga utama England itu. - Foto: Reuters

ENGLAND – Sunderland pasukan pertama tersingkir dari liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 10 dekad meneruskan perjalanan dalam kancah liga itu.

Gol pada lewat babak kedua oleh Bournemouth di Stadium of Light secara rasmi menyaksikan skuad kendalian David Moyes mengucapkan selamat tinggal kepada liga utama bola sepak England itu.

Josh King menjadi hero Bournemouth pada minit ke-88 menyumbat gol kemenangan itu sekaligus memaksa Sunderland tertunduk di tempat sendiri.

Usaha Jermai Defoe dan Fabio Borini berjaya dinafikan Boruc menyaksikan Sunderland gagal membuka jaringan.

David Moyes yang kecewa dengan penyingkiran pasukannya menyifatkan ia sebagai hari terburuk dalam karier bola sepaknya.

David Moyes selaku Pengurus yang menggantikan Sam Allerdyce di Sunderland sedih selepas pasukannya kalah dalam misi menyelamatkan pasukan the Black Cats tersingkir dari EPL dalam aksi bertemu Bournemouth semalam. Foto: Reuters
David Moyes selaku Pengurus yang menggantikan Sam Allerdyce di Sunderland sedih selepas pasukannya kalah dalam misi menyelamatkan pasukan the Black Cats tersingkir dari EPL dalam aksi bertemu Bournemouth semalam. Foto: Reuters

Bekas Pengurus Everton, Manchester United dan Real Sociedad itu enggan mengulas mengenai masa depannya ekoran penurunan ke Championship musim depan.

“Ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan mengenai masa depan saya di kelab ini.

” Kekalahan hari ini sekali gus tersingkir dari kempen EPL setelah 10 tahun perjalanan adalah hari yang paling menyedihkan dalam karier bola sepak saya,” keluh Moyes. – MalaysiaGazette