Foto Instagram David Beckham.

KUALA LUMPUR –  Legenda bola sepak England, David Beckham semalam mengucap tahniah kepada Johor Darul Ta’zim yang menjulang juara Liga Super 2017.

Ucapan tersebut dibuat menerusi Instagram miliknya yang turut memuatnaik gambar bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mereka berdua sempat makan malam bersambil meluangkan masa bertemu dengan pemilik kelab Valencia Peter Lim yang juga rakan baik, Tunku Ismail.

“Gembira dapat berjumpa TMJ malam semalam. Gembira dapat meluangkan masa makan malam dengan dia (baginda) dan juga dengan rakan saya Peter Lim. Dan tahniah kepada pasukan (TMJ) Johor Southern Tigers di atas kejuaraan,” tulis Beckham.

Foto Facebook Johor Southern Tigers

Lim adalah jutawan dari Singapura yang telah banyak membantu TMJ dalam aspek pengurusan bola sepak.

TMJ juga pernah memaklukan JDT telah menjalinkan kerjasama bola sepak dengan kelab luar negara ternama seperti Valencia.

Sementara itu, JDT menjuarai Liga Super 2017 dan dinobatkan secara rasmi pada perlawanan Rabu lalu.

Kejayaan itu juga adalah yang keempat berturut-turut dalam sejarah kelab menjadikan mereka satu-satunya pasukan melakukannya setakat ini.

JDT juga menjadi pasukan pertama menjulang piala edisi baharu Liga Super yang diukir tukang emas diraja seberat 20 kilogram. – MalaysiaGazette