Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Wartawan Wanita Malaysia di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2017.
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak sesekali melutut kepada Amerika Syarikat (AS) apabila mahu membawa pelaburan lebih RM12 bilion menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengukuhkan ekonomi negara maju itu.
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menegaskan keputusan itu bukan bermakna Malaysia mahu meminta sedekah kepada Presiden AS, Donald Trump.
“Saya beritahu Presiden Donald Trump saya datang sini (AS) untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Kita hadir sebagai negara yang berjaya dan boleh menjadi model yang signifikan.
“Janganlah kenyataan saya itu diambil interpretasi yang terlalu sempit dan negatif walhal ia bertujuan untuk kita menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya di persada antarabangsa,” katanya berucap merasmikan Majlis Minum Petang Bersama Wartawan Wanita Malaysia di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada Presiden PERTAMA, Sariha Mohd Ali (kiri) sambil diperhatikan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) pada Majlis Minum Petang Bersama Wartawan Wanita Malaysia di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2017.
Beliau berkata, kerajaan mahu membeli pesawat Boeing, B787 atau dikenali Dreamliner daripada AS kerana pengangkutan udara itu meruapakan yang tercanggih di dunia selepas Airbus.
“Janganlah kenyataan saya itu diambil interpretasi yang terlalu sempit dan negatif walhal ia bertujuan untuk kita menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya di persada antarabangsa
“Semalam saya baca dalam talian, Turkish Airlines nak beli 40 Dreamliner, kita beli lapan, itu pun pembangkang nak selewengkan cerita tersebut, walhal Malaysia Airlines Berhad (MAS) merupakan syarikat penerbangan tersohor di peringkat antrarabangsa.
“Ini hasrat kita, kita perlu pesawat-pesawat paling canggih, dan Dreamliner sekarang ini dianggap antara yang paling canggih di dunia,” jelasnya.
Najib berkata, bukan mudah untuk mendapat jemputan daripada pemimpin dunia kuasa besar seperti Presiden AS.
“Ingat senang nak dapat jemputan di White House oleh Presiden Trump, saya merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama mendapat jemputan dalam tahun pertama Presiden Amerika Syarikat
“Sebab itu kita mesti merasakan bahawa Malaysia sudah mempunyai hubungan geopolitik yang begitu baik dengan Beijing, Washington, Riyadh, Delhi, dengan banyak negara lain dan itulah strategi untuk menjayakan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. siapa kata malaysia minta sedekah bagi sedekah ada lah .sebab kita negara maju kan. mestilah bersedekah kepada .negara maju juga . barulah dapat faedah lebih . kalau sedekah pada negara miskin apa mereka bolih balas . saya tolong awak awak tolong saya . itu kesimpulan nya . rakyat kena faham .

Comments are closed.