Kongsi
Pelakon, Janna Nick ketika semasa sesi fotografi di Flora Terrace, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Janna Nick tidak pernah sesekali melupakan bidang nyanyian apabila akan muncul dengan dua single, solo dan duet bersama pelakon Alvin Chong tidak lama lagi.

Janna yang masih dalam penggambaran drama Coffee Prince bergandingan dengan Fattah Amin berkata, kedua-dua lagu itu bakal menjadi lagu tema drama tersebut.

“Saya akan muncul dengan dua lagu sekali gus kerana kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince yang  akan dilancarkan pada November ini.

“Lagu sudah ada cumanya tunggu masa untuk masuk proses rakaman suara,” katanya.

Janna ditemui di majlis perasmian dan memperkenalkan duta produk Cassandra Beauty Dust di sini semalam.

Pelakon, Janna Nick ketika diperkenalkan sebagai duta produk Cassandra Beauty Dusk ditemani Pengasas-pengasas Cassandra Beauty Dusk, Justynn Firdaus (kiri) dan Ayu Roslan (kanan) pada pelancaran produk itu di Flora Terrace, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2017

Ditanya kenapa dia tidak berduet dengan Fattah sahaja, Janna berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

Jelasnya, pilihan pasangan lagu duet itu dibuat sendiri oleh penerbit Coffee Prince, Michael Ang.

“Kedua single itu mendapat sentuhan rakan penyanyi, Hael Husaini dan Epul Drama Band.

“Sebelum ini, memang ramai peminat tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu. Jadi saya akan lancarkan terus dua lagu sekali gus,” katanya penuh ceria. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan