Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para penumpang yang mahu menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dinasihatkan mendapatkan pengangkutan alternatif untuk masuk atau keluar daripada lapangan terbang berkenaan.

Ini kerana pemandu-pemandu teksi di bawah Gabungan Teksi Kuching sedang mengadakan protes bagi membantah perkhidmatan Uber dan Grab di lapangan terbang tersebut.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Mohd. Nadzim Hashim berkata, protes berkenaan telah menyebabkan ganggguan kepada perkhidmatan teksi, sekali gus menggangu perjalanan penumpang.

“Kami telah bercakap dengan pihak berkuasa tempatan, pengendali teksi lapangan terbang dan persatuan berkenaan hal ini kerana ia telah menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang kami.

“Menurut persatuan pemandu teksi tersebut, perkhidmatan teksi akan dimulakan semula pada 6 petang nanti.

“Sementara itu, kami menasihatkan penumpang supaya menggunakan pengangkutan lain untuk datang atau keluar daripada lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nadzim, operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan tidak terjejas dengan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, penumpang yang mahukan maklumat mengenai pengangkutan alternatif boleh memintanya daripada kakitangan lapangan terbang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Satu langkah yang merugikan. Alternatif lain? Adakah menguntungkan pemandu teksi? Kenapa terlalu ego? Alternatif lain sudah pasti menguntungkan Grab & Uber. Pemikiran sempit yang dicanang oleh pemimpin yang cetek lagi lemah daya pemikiran, pada ayah2 pemandu teksi keluarlah daripada mogok yang tidak memberi manfaat satu sen pun, teruskan kerja ayah2 mendapatkan penumpang. Bersaing secara sihat & intelektual, bukan ikut mogok yang merugikan.

Comments are closed.