Allahyarham Ustaz Murtdha Yusof

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Ustaz Murthadha Yusuf yang terlibat dalam kemalangan bersama Ustaz Wadi Anuar di Perak baru-baru ini telah meninggal dunia di Hospital Taiping hari ini.

Adiknya, Mohammad Yaakub dalam kenyataan di media sosial memaklumkan, allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tenghari tadi.

“Mohon doa semua agar dipermudahkan urusan. Semoga beliau bersama orang-orang soleh,” ujarnya.

Sebelum itu, allahyarham mengalami kecederaan kritikal dibahagian kepala sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Sementara itu, keadaan Ustaz Wadi dikatakan semakin stabil tetapi masih dirawat.

Dalam kejadian 3 Januari lalu, Wadi, Murtadha, ayahnya dan Ustaz Hambali Zulkifli terlibat dalam kemalangan di Kamunting, Perak.- MalaysiaGazette

Ustaz Wadi sudah buka mata, Murtadza kritikal

1 Komen

Tinggalkan Jawapan