Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dikatakan kini dirawat secara rapi gara-gara penyakit kanser buah pinggang.

Keadaan Ketua Parlimen DAP itu dikatakan koma selepas dan doktor berjaya membuang tumor kecil itu pada Disember tahun lepas.

Justeru, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan EngĀ  menjelaskan status terkini kesihatan bapanya khususnya kepada pengundi Parlimen Gelang Patah.

Katanya, ada sumber dalaman DAP memaklumkan , Kit Siang kini dalam keadaan kritikal namun ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Adakah benar Lim Kit Siang berada dalam keadaan koma serta tidak sedarkan diri dan kini beliau berada di Singapura?

“Saya mendesak Guan Eng menjelaskan keadaan sebenar kerana rakyat khususnya di kawasannya ingin tahu ke mana hilangnya wakil rakyat mereka,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengesahkan ayahnya menghidap kanser buah pinggang tahap pertama dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil berkenaan pada 19 Disember lalu.

Ramesh juga berkata, sumber dalaman parti itu juga memberitahu, nama hospital di mana Kit Siang menjalani pembedahan turut dirahsiakan atas sebab tertentu.

“Guan Eng beritahu Kit Siang menjalani prosedur Laparoscopic Partial Nephrectomy pada 19 Disember lepas. Guan Eng kata prosedur itu berjalan dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

‘Kehilangan’ Kit Siang disedari ramai pemimpin pembangkang selepas beliau tidak hadir ke Konvensyen Pakatan HarapanĀ  di Shah Alam pada 7 Januari lepas dan sehingga kini masih menjadi tandatanya.

Ekoran ketidakhadiran bapanya, Guan Eng menjadi wakil Kit Siang pada konvensyen itu bagi menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

“Sebagai anak, lebih elok Guan Eng beri penjelasan kepada orang ramai berkenaan status bapanya,” kata Ramesh.- MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Mati lah nak ( Gone Eng ) Kalau papa mu tak ade lagi..mcm mana Ku nanti. Tak lama lagi kena bicara..pasal ..bungalow, pasal terowong lagi..

    P/s…entah2 helah utk mengelakan anak nya di siasat dan di bicara… ( tangguh lagi )
    Sampai bila2kut?

Comments are closed.