Home Utama Pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup sementara

Pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup sementara

41
0

KUALA LUMPUR – Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Petaling Jaya ditutup sementara sehingga diumumkan kelak susulan kebakaran yang berlaku di bangunan itu tengah hari tadi.

KWSP dalam kenyatannya berkata, Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak
terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli dan majikan yang mahu menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan