Home Ekonomi Warren Buffet makin kaya

Warren Buffet makin kaya

Warren Buffet

WASHINGTON – Jutawan Amerika Syarikat, Warren Buffet berkata, konglomeratnya, Berkhire Hathaway mengaut keuntungan sebanyak AS$29 bilion daripada hasil reformasi cukai yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump.

Pembaharuan undang-undang Republikan, yang diluluskan pada bulan Disember lalu telah mengurangkan kadar cukai korporat kepada 21 peratus daripada 35 peratus.

Buffett, salah seorang lelaki terkaya dunia telah menentang rancangan pembaharuan cukai itu.

Dalam suratnya kepada para pelabur, Buffet berkata, pemotongan cukai itu mewakili hampir separuh keuntungan dalam nilai bersih sepanjang tahun lalu.

“Sebilangan besar keuntungan kami tidak datang dari apa yang kami lakukan di Berkshire. Hanya AS$36 bilion datang dari operasi Berkshire. Baki AS$29 bilion telah diserahkan kepada kami pada bulan Disember ketika Kongres menulis semua Kod Cukai Amerika Syarikat.

Para penganalisis bukan partisan pula berkata, pihak yang akan mendapat manfaat daripada pakej cukai itu adalah syarikat-syarikat multinasional.

Bulan lalu Barclays, sebuah bank British meramalkan Berkshire Hathaway akan menjadi benefisiari utama.

Selepas kejatuhan awal, pendapatan entiti itu akan terus meningkat sebanyak 12 peratus secara berterusan.

Republikan mendakwa pembaharuan cukai akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Kelulusan rang undang-undang melalui Kongres adalah kemenangan besar bagi Trump, yang disebutnya sebagai “pemotongan cukai terbesar dalam sejarah negara” dan hadiah kepada negara.

Pembaharuan itu memberikan majoriti pembayar cukai yang lebih rendah cukai dalam masa terdekat. Bagaimanapun, pemotongan itu akan tamat pada tahun 2025.

Buffett bagaimana pun percaya pada cukai yang lebih tinggi untuk orang kaya. – MalaysiaGazette