Foto Instagram Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau menimpa pelakon Remy Ishak apabila mengalami kecederaan patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaharu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Remy berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan akibat kecederaan yang dialami.

“Ok, cerita dia macam ini. Semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Remy mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami. – MalaysiaGazette