Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat meminta kakitangannya di China untuk memaklumkan kepada mereka jika berlaku sebarang masalah pendengaran atau penglihatan yang tidak normal.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang pekerja melaporkan gejala misteri.

Pekerja itu mendakwa mengalami masalah sukar untuk menganalisis dan penglihatan kabur, tidak normal dalam sensasi bunyi dan tekanan”, kata kenyataan itu.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, kejadian itu bersamaan terhadap serangan sonik yang dialami kakitangan diplomatik di Cuba.

China berkata, ia sedang melakukan penyiasatan dengan penuh tanggungjawab.

Hubungan China dan Amerika Syarikat tegang baru-baru ini sehingga hampir mencetuskan perang perdagangan.

Jabatan Negara berkata, ia melihat insiden ini sangat serius tetapi tidak menuduh China di sebalik kejadian yang berlaku. – MalaysiaGazette