Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai memberi keterangan kali ke dua kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd dan beredar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2018

PUTRAJAYA – Selepas tujuh jam diambil keterangan akhirnya Datuk Seri Najib Razak ‘keluar’ daripada bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu muncul dihadapan sekumpulan pengamal media tepat pukul 4.45 petang.

Sejurus keluar, beliau memberikan reaksinya terhadap soal siasat yang dibuat oleh pegawai SPRM terhadapnya.

“Saya telah pun memberi keterangan kali kedua pada SPRM bermula pukul 10 (pagi) sampai 4.30 (petang). Masa untuk solat Zohor saya dah jawab semua soalan dengan sebaiknya.

“SPRM telah lakukan kerjanya dengan baik profesional. Mereka kata sesi penerangan telah pun selesai,” katanya ringkas.

Terdahulu, desas desus menyatakan bekas Presiden UMNO dan bekas pengerusi Barisan Nasional itu akan ditahan.

Dakwaan itu berikutan,  ada kelibat beberapa anggota polis masuk ke dalam bangunan SPRM tanpa diketahui sebabnya.

Najib yang diiringi pengawal peribadi kemudiannya terus meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 10 minit selepas itu. – MalaysiaGazette