MIDF menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 4.3 peratus pada tahun 2017 berbanding unjuran 4.1 peratus tahun ini.

Pemulihan itu berdasarkan prospek aktiviti perdagangan meskipun terdapat ancaman daripada polisi-polisi perlindungan Donald Trump.

Selain itu, kejutan Brexit dan turun naik harga minyak juga mempengaruhi perkembangan ekonomi.

“Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak terlepas daripada berhadapan dengan perkembangan ini.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan ekonomi negara kekal berdaya saing untuk menyerap sebarang ketidaktentuan luaran,” kata MIDF Investment.