Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Ravindran Nair a/l Vasudevan Nair (Ravindran) bagi aktiviti perancangan kewangan yang dikawal selia di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 18 November 2016.

Ravindran sebelum ini berkhidmat di Blueprint Planning Sdn Bhd dan CMSRL-nya telah dibatalkan apabila dia didapati seorang bankrap yang belum dilepaskan.

Ravindran tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah CMSA. – MalaysiaGazette