Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan permohonan rasmi kepada China supaya memulangkan dron bawah laut yang dirampas di perairan Laut China Selatan.

Tentera laut China didakwa merampas kapal penyelidikan air AS di Laut China Selatan pada Khamis lalu.

Kejadian yang berlaku ketika USNS Bowditch, kapal kajian oseanografi, sedang menghampiri kawasan perairan tersebut.

Peranti, yang digelar sebagai “buaian lautan” digunakan untuk menguji kemasinan air dan suhu.

Data itu adalah sebahagian daripada program tidak dikelaskan untuk memetakan saluran air, jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis kepada pemberita.

Tambahnya, dron itu ‘diambil’ oleh China.

“Kenderaan dalam air tanpa pemandu itu telah menjalankan secara sah suatu kajian ketenteraan di perairan Laut China Selatan.

“Ia adalah sebuah kapal imun berdaulat, ditandakan dengan jelas dalam bahasa Inggeris tidak boleh dikeluarkan dari air -. Ia adalah harta Amerika Syarikat,” katanya. – MalaysiaGazette