KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Sangat bagus. Mereka telah mengambil tindakan. Sangat bagus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tiga individu setakat ini yang didapati bersalah menyeleweng dana daripada 1MDB.

Dilaporkan bekas kakitangan Bank BSI milik Switzerland, Yeo Jiawei menjadi individu ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB oleh Singapura. Dua lagi bekas pagawai bank BSI juga telah dipenjarakan kerana penipuan berkaitan kes itu.

Johari menggesa semua bank membantu siasatan berkaitan 1MDB.

“Mengenai Malaysia, kita sedang melalui proses (siasatan) itu,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Laluan LRT KL-Ampang oleh Prasarana Malaysia Bhd di Bukit Jalil hari ini.

Johari juga menegaskan tidak ada aktiviti perniagaan di 1MDB.

“Lari bermakna kita tidak akan menjalankan sebarang perniagaan di 1MDB. Ia menjadi syarikat tidak aktif,” katanya ketika ditanya mengenai temubual beliau sebelum ini dengan sebuah agensi berita di mana beliau menyatakan kerajaan akan ‘lari dengan 1MDB.’

— BERNAMA