Home Utama Pesawat tentera Rusia 91 penumpang terhempas di Laut Hitam

Pesawat tentera Rusia 91 penumpang terhempas di Laut Hitam

Pesawat tentera Rusia membawa 91 penumpang terhempas di Laut Hitam.

Sebuah pesawat tentera Rusia yang dilaporkan hilang bersama 91 orang penumpang terhempas ke Laut Hitam, menurut laporan media.

Pesawat itu hilang dari radar 20 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Adler di Resort Sochi pada 05:20 (02:20 GMT).

Kementerian Pertahanan berkata, pesawat Tu-154 yang membawa kakitangan perkhidmatan, ahli-ahli koir Alexandrov yang terkenal dan sekumpulan wartawan.

Pesawat itu dilaporkan terbang ke wilayah Latakia Syria.

Pasukan pencari dan penyelamat telah menemui serpihan pesawat itu di Laut Hitam.

Kementerian Pertahan Rusia, Igor Konashenkov berkata, pesawat itu membawa penumpang untuk ersembahan Tahun Baru bagi tentera Rusia yang dihantar bertugas di Syria. – MalaysiaGazette