Home Dunia Pesawat Poland mendarat cemas akibat ancaman bom

Pesawat Poland mendarat cemas akibat ancaman bom

Enter Air meminta untuk mendarat di Prague kerana ancaman bom.

PRAGUE – Polis Czech telah menahan seorang lelaki Poland selepas pesawat penumpang dari Sepanyol ke Warsaw membuat pendaratan kecemasan di Prague berikutan ancaman bom, kata Menteri Dalam Negeri, Milan Chovanec.

Pesawat itu kemudian diletakkan jauh dari terminal utama Lapangan Terbang di Prague ketika polis menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun Chovanec enggan menyatakan sama ada bahan letupan ditemui atau tidak.

Tetapi beliau kemudian menulis menerusi Twitternya: “Tidak kelihatan seperti serangan pengganas dan situasi dalam kawalan”.

Jurucakap Perkhidmaran Navigasi Udara Czech berkata,  pesawat Boeing 737 diuruskan oleh syarikat penerbangan Enter Air meminta untuk mendarat di Prague kerana ancaman.

Televisyen Czech melaporkan pesawat itu berlepas di Pulau Canary dan mempunyai 160 orang penumpang, kebanyakan warga Poland.

Tiada penumpang yang cedera. – MalaysiaGazette