Home Dunia Wanita 70an ditahan selepas meraikan perkahwinannya

Wanita 70an ditahan selepas meraikan perkahwinannya

MESIR – Kisah seorang wanita Mesir berusia tahun 70an yang berkata “I do” dengan lelaki suami muda telah menjadi viral dalam media sosial di negara itu.

Wanita itu memutuskan untuk melakukan “perkahwinan teater”, yang bermaksud menempah dewan perkahwinan untuk majlis tersebut, memakai pakaian putih dengan bantuan seorang lelaki muda yang bersimpati dengan keadaan mental beliau.

Pihak berkuasa Mesir telah menahan wanita tersebut dan membawanya ke klinik psikiatri untuk rawatan.

Saudara-mara beliau telah mengesahkan dia telah menghidap penyakit mental selepas kematian ibunya tahun lalu.
Sejak itu, dia mula hidup sendiri dan membuat masalah.

Seorang jiran mengesahkan polis menahan beliau di rumahnya selepas kisah perkahwinan dan gambar-gambar beliau tersebar di laman media sosial.

Beliau berkata, pasukan keselamatan hanya bersetuju untuk membebaskannya selepas saudara memberi jaminan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

Penduduk kawasan kejiranan yang bersimpati dengan keadaan dirinya telah mengadakan demonstrasi di stesen Raml selepas penahanan wanita tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast