Jose Mourinho memuji dua pemain gantian, Juan Mata dan Marcus Rashford yang dianggap sebagai duo terbaik selepas kemenangan 2-0 ke atas West Ham United di tempat lawan pagi tadi.

“Ia satu perlawanan yang sukar tetapi saya mempunyai ‘peluru’ di bangku simpanan. Saya mempertaruhkan Mata dan Rashford kerana mereka amat penting dalam kedua-dua perlawanan sebagai pemain gantian.

“Dalam perlawanan ini ia adalah sangat penting untuk mempunyai mereka ini di bangku simpanan dan mampu memenangi permainan.

“Saya mempunyai perasaan untuk memulakan Mata dan Rashford hari ini tetapi saya fikir ia adalah lebih baik bagi mereka untuk datang dari bangku simpanan apabila semua pemain telah penat dan keputusan itu terbukti betul,” katanya kepada Sky Sports.- MalaysiaGazette.