Home Ekonomi Ford batal bina kilang di Mexico

Ford batal bina kilang di Mexico

Ford syarikat gergasi Amerika Syarikat.

DETROIT – Ford telah akan membatalkan rancangan untuk membina kilang bernilai AS$1.6 bilion di Mexico, sebaliknya menambah operasinya di Michigan.

Syarikat kereta gergasi Amerika Syarikat itu akan membelanjakan sebanyak AS$700 juta untuk mengembangkan kilang di Flat Rock.

Peneraju Ford, Mark Fields berkata, keputusan itu adalah disebabkan kejatuhan jualan kereta kecil dan sebahagiannya menyokong dasar Donald Trump yang pro kepada pertumbuhan ekonomi.

Twitter Donald Trump yang mengkritik pengeluaran Chevy Cruze di Mexico.
Twitter Donald Trump yang mengkritik pengeluaran Chevy Cruze di Mexico.

Trump mengkritik Ford dan pesaingnya General Motors kerana mengeluarkan kereta di Mexico.

Menerusi Twitternya, Trump mengkritik pengeluaran Chevy Cruze General Motors di Mexico.

Bagaimanapun, Ford berkata, syarikat itu tidak akan meninggalkan pengeluaran di Mexico secara menyeluruh tetapi memindahkan pengeluaran model Focus ke kilang sedia ada di Hermosillo untuk membaik pulih keuntungan.

Ia menjadikan versi semasa di kilangnya di Wayne di Michigan. Pengeluaran di kemudahan sedia ada akan mengeluarkan dua model baru, yang dikatakan akan melindungi 3,500 orang pekerja Amerika Syarikat.

Kilang yang dirancang di Mexico itu di kawasan San Luis Potosi, tetapi Ford memberitahu ia akan melabur sebahagian wang itu di Flat Rock bagi ewujudkan 700 pekerjaan untuk membangunkan pelbagai kereta elektrik.

Kementerian Ekonomi Mexico yang kesal dengan keputusan Ford berkata, ia akan memastikan Ford akan membayar San Luis Potosi bagi kos yang ditanggung akibat pembatalan itu. – MalaysiaGazette