Oliver Giroud menjaringkan gol ketiga dan juga penyamaan untuk berkongsi mata dengan Bournemouth dalam aksi semalam.

Penyerang Arsenal, Oliver Giroud dikecam penyokong Arsenal kerana meraikan gol penyamaan yang dijaringkan menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Pemain itu didakwa membuang masa pada waktu kecederaan dengan meraikan gol ketiga pasukan untuk mengikat keputusan 3-3.

Pemain Perancis itu didakwa sepatutnya segera mencari gol kemenangan tiga mata penuh daripada membuang masa meraikan gol penyamaan.

The Gunners ketinggalan 3-0 dengan perlawanan berbaki 20 minit lagi.

Alexis Sanchez dan Sergio Perez meledakkan dua gol sebelum Giroud menjaringkan gol penyamaan.

Dengan keputusan itu, Arsenal menduduki tangga keempat dengan memungut 41 mata selepas 20 perlawanan liga.- MalaysiaGazette