Home Nasional SIMI Pengarah Bahagian Siasatan SPRM yang baharu

SIMI Pengarah Bahagian Siasatan SPRM yang baharu

KUALA LUMPUR – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Simi Abd. Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu berkuat kuasa 3 Januari 2017

Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober 2016.

Simi menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).

Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai pada 2006.

Pada 1 Januari 2008, Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016. – MalaysiaGazette