ENGLAND – Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA pilihan peminat bagi bulan Disember 2016.

Pemain berusia 35 tahun itu menewaskan calon lain seperti Adam Lallana dan Cesar Azpilicueta.

Hampir 64,000 undian telah diterima menerusi undian di laman web Sky Sports dan aplikasinya dengan Ibrahimovic menerima lebih dari 24,092 undi (37 peratus).

Lallana menduduki tempat kedua dengan 17,935 undi, manakala pemain pertahanan Chelsea Azpilicueta ketiga dengan 11,944 undi.

Tiga calon lain adalah Dele Alli dari Tottenham (5,863 undian), penjaga gol Sunderland, Jordan Pickford (2,874 undian) dan playmaker West Ham, Dimitri Payet dengan 1,264 undian.-MalaysiaGazette