Sepasukan polis sedang memeriksa kediaman Andrey Malanin di Athens. Foto The Sun

ATHENS – Ketua Jabatan Konsulat di Kedutaan Rusia di Greece ditemui mati di kediamannya di Athens.

Kematian Andrey Malanin, 55, masih disiasat.

Media Greek berkata, Malanin gagal untuk lapor diri pada hari Isnin dan tidak jawab panggilan telefon.

Beliau tinggal bersendirian di kawasan perumahan yang kawal rapi.

Pegawai-pegawai Rusia mengesahkan kematian kakitangan konsulat itu.

Laman web Proto Tema berkata, rakan-rakannya yang tiba bersama polis di kawasan apartmen Malanin mendapati pintu rumahnya dikunci dari dalam.

Malanin ditemui jatuh di atas lantai bilik tidur dan tubuhnya tidak ada kesan cedera atau tanda-tanda rumahnya dipecah masuk. – MalaysiaGazette