Posting di laman Facebook Raja Mohd. Shahrim yang mendakwa Datuk Seri Zukri Samat digantung kerja

Kuala Lumpur – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menafikan fitnah yang dibuat oleh Raja Mohd. Shahrim di laman facebooknya yang mengatakan Pengarah Urusannya digantung kerja.

Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, kumpulan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Zukri yang akan bersara pada Jun tahun ini.

Tambahnya, Zukri akan berkhidmat sehingga akhir tempoh perkhidmatannya.

Beliau turut menegaskan, Zukri mempunyai reputasi yang sangat tinggi sebagai pengarah urusan Bank Islam.

“Di bawah kepimpinan beliau sejak Jun 2006, bank telah mengalami transformasi dan mencapai pertumbuhan kewangan yang membanggakan.

Hari ini, Bank Islam Malaysia Bhd. adalah peneraju di dalam bank-bank Islam berdiri sendiri di Malaysia.

Kami ingin mengulangi bahawa Datuk Seri Zukri Samat mendapat keyakinan penuh daripada ahli lembaga pengarah sehingga tamat tempoh dan beliau akan membantu melancarkan peralihan kuasa kepada pengarah urusan yang baharu nanti,” kata Zamani.

Tambah beliau, posting Raja Mohd. Shahrim itu tidak benar dan amat mengecewakan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa posting tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Kami kesal kerana di bulan-bulan terakhir perkhidmatan Zukri bersama bank ini, satu dakwaan yang tidak bertanggung jawab dan tidak berasas pula timbul,” katanya.-MalaysiaGazette

 

 

 

Comments are closed.