AirAsia
AirAsia
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Anaz Ahmad Tajuddin, 43, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi tadi akibat kanser.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhah, Kota Seriemas, Negeri Sembilan.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kuarters KLIA, menurut kenyataan itu lagi.

— BERNAMA