Home Ekonomi AHP miliki Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240j

AHP miliki Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240j

Mydin Mall yang terletak di Seremban 2.

KUALA LUMPUR – Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang merupakan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) telah selesai membeli Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240 juta.

Entiti itu adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysai melalu pengurusnya tersenarai di Bursa Malaysia menerusi pengurusnya, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB) yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.

Pemerolehan berkenaan dicapai menerusi perjanjian jualan dan pajakan semula dan dibiayai menerusi pembiayaan dan terbitan hak unit baharu AHP.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif PHNB, Hafidz Atrash Kosai Mohd Zihim berkatam, dengan pemerolehan ini, jumlah aset AHP akan meningkat kepada RM483 juta.

Ini merupakan suatu pertambahan signifikan terhadap portfolio hartanah sedia ada yang diurus, selain menawarkan peningkatan hasil pulangan kepada para pemegang unit.

Beliau menambah, terbitan hak unit akan meningkatkan lagi bilangan unit AHP di pasaran dan menggalakkan penyertaan berterusan daripada pemegang unit sedia ada.

Mydin Mall Seremban 2 adalah hartanah pegangan bebas, yang merupakan pusat membeli-belah / pasaraya tiga tingkat beserta dua tingkat bawah tanah di Seremban 2.

Pasaraya ini mempunyai kawasan binaan kasar kira-kira 1.14 juta kaki persegi (103.520 meter persegi) di atas tanah seluas 13.4 ekar.

Berteraskan Mydin Hypermarket, pusat membeli-belah ini merupakan antara yang terbesar dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad di Malaysia.

“Penambahan Mydin Seremban 2 ke dalam senarai hartanah AHP akan menawarkan peningkatan pendapatan secara stabil dan berterusan dalam tempoh jangka panjang kepada para pemegang unit AHP, memandangkan
perjanjian pajakan dilakukan untuk tempoh masa yang panjang dan bermanfaat,” kata Hafidz. – MalaysiaGazette