Alexis Sanchez meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika Arsenal bertemu Burnley.

LONDON – Arsenal menewaskan Burnley 2-1 dalam perlawanan penuh aksi, sekaligus membuka peluang bersaing dalam memburu kejuaraan Liga Perdana selepas pengadil Jon Moss menghadiahkan sepakan penalti kepada kedua-dua pasukan dalam masa tambahan dan mengarahkan pengurus, Arsene Wenger keluar padang.

Jon Moss menghadiahkan sepakan penalti pertama pada minit ke- 93 apabila Francis Coquelin melakukan kekasaran ke atas Ashley Barnes dan Andre Gray tidak mensia-siakan peluang menyamakan kadudukan 1-1 untuk Burnley.

Arsenal mendahului menerusi jaringan Shkodran Mustafi pada minir ke-59, namun Granit Xhaka diperintahkan keluar padang pada minit ke-65 kerana kekasaran yang dilakukan, turut diberikan sepakan penalti.

Ben Mee mengangkat kaki terlalu tinggi ketika Laurent Koscielny cuba memenangi bola hantaran silang dan Alexis Sanchez dengan tenang menyempurnakan sepakan itu ketika permainan masuk minit kelapan masa tambahan.

Kemenangan tersebut melonjakkkan Arsenal ke tangga kedua di belakang Chelsea.

Wenger berhadapan dijangka menghadapi masalah dengan Persatuan Bola Sepak apabila bertengkar dengan pegawai keempatr di garisan tepi yang mengakibatkan beliau diperintahkan meninggalkan padang. – Reuters