Home Utama Harga SMR20 cecah paras tertinggi RM10.55 sekilogram

Harga SMR20 cecah paras tertinggi RM10.55 sekilogram

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, dengan SMR 20 mencecah paras tertinggi sejak 2012, berikutan kebimbangan gangguan bekalan, kata peniaga.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melepasi paras RM10.00 sekilogram untuk ditutup pada RM10.055 sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 13.5 sen kepada RM8.005 sekilogram.

Beliau berkata, bencana banjir yang berlaku di negara pengeluar getah asli terbesar dunia, Thailand, dijangka melonjakkan harga tanaman pertanian itu yang menjadi nadi kepada pengeluaran tayar.

“Pengeluar utama iaitu Malaysia dan Indonesia menerima kesan bekalan getah asli berikutan musim hujan yang berlaku di rantau ini, sekali gus menjadikan harga komoditi itu meningkat dalam pasaran berkenaan,” katanya.

Sementara itu peniaga lain berkata harga SMR 20 di pasaran tempatan pernah melonjak setinggi RM1.139 sekilogram pada 26 Januari 2012.

“Penanda aras niaga hadapan getah Bursa Komoditi Tokyo mencecah paras tertingginya dalam tempoh hampir empat tahun pagi ini susulan harga minyak mentah yang meningkat disokong oleh tawaran belian di pasaran tempatan.

“Bagaimanapun sebilangan peniaga telah bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Getah akan terus diniagakan tinggi minggu depan memandangkan permintaan bagi komoditi itu kekal kukuh,” katanya.

Pasaran diniagakan separuh hari bagi hari ini dan ditutup pada Isnin sempena sambutan Tahun Baru Cina. Dagangan akan dibuka semula pada Selasa. – MalaysiaGazette