Home Dunia Mahkamah gugur kes kren runtuh

Mahkamah gugur kes kren runtuh

Kejadian kren runtuh di MasjidilHaram yang mengorbankan kira-kira 109 orang mangsa pada 2015.

RIYADH – Mahkamah Arab Saudi mengggugurkan pertuduhan terhadap 13 individu berhubung nahas kren gergasi yang runtuh di Mekah dan mengorbankan berpuluh-puluh jemaah haji.

Menurut media Okaz, pihak pendakwaan membantah keputusan itu dan diminta untuk membuat rayuan.

Seramai 13 tertuduh itu termasuk warga Arab Saudi, Pakistan, Filipina, Kanada dan beberapa negara Arab. Bagaimanapun nama-nama mereka tidak didedahkan kepada awam.

Perbicaraan ke atas mereka dibuat pada Ogos lalu.

Okaz melaporkan, selepas lima bulan, mahkamah jenayah Mekah yang mendengar kes itu berkata, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes yang melibatkan “pelanggaran keselamatan”.

Bagaimanapun, tidak ada penjelasan mengapa laporan itu menyebut 13 tertuduh sedangkan sebelum ini 14.

Mereka didakwa “kecuaian yang membawa kepada kematian, merosakkan harta benda awam dan mengabaikan garis panduan keselamatan” di tapak MasjidilHaram apabila kren runtuh pada bulan September 2015, kata Okaz.

Semasa kejadian angin kuat menyebabkan kren runtuh.

Ia adalah kren yang dikendalikan oleh Kumpulan Binladin yang terlibat dalam projek pembesaran kemudahan di kawasan ibadat itu.

Sekurang-kurangnya 109 jemaah haji terbunuh dan 209 orang cedera dalam nahas itu.

Okaz reported last week that Judge Abdulaziz Hamoud Al-Tuairki had rejected a plea from defense lawyers to prevent newspapers from covering the case. He said they could appeal his ruling.

Minggu lepas, Okaz melaporkanHakim Abdulaziz Hamoud Al-Tuairki telah menolak rayuan daripada peguam bela untuk mengelakkan media membuat liputan kes itu.

Beliau berkata, mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Jurucakap syarikat tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai kes itu. – MalaysiaGazette