Brain Schweinsteiger berlari menuju ke rakan-rakannya bagi meraikan gol keempat Manchester United. foto: The Sun.

Manchester United berpesta gol dalam aksi pusingan keempat Piala FA dengan menewaskan Wigan Athletics 4-0 di Old Trafford.

Walaupun the Red Devils menguasai 70 peratus perlawanan pada separuh masa pertama, namun jentera serangannya buntu memecahkan bentang pertahanan lawan.

Henrikh Mkhitaryan hampir membuka jaringan untuk United namun percubaannya tersasar.

Bagaimanapun Marouane Fellaini berjaya memecahkan kubu pertahanan lawan dan membuka jaringan pada minit ke-44 hasil hantaran Bastian Schweinsteiger.

Gol kedua hadir di separuh masa kedua pada minit ke-54, hasil tandukan jarak dekat Chris Smalling hasil hantaran Antonio Martial.

Mkhitaryan menambah jaringan pada minit ke-74 menerusi hantaran Martial manakala gol keempat menerusi jaringan Schweinsteiger.

Dengan kemenangan itu, skuad bimbingan Mourinho melangkah ke pusingan 16 pasukan.

Bercakap kepada BBC selepas perlawanan, Mourinho mengakui anak buanya tidak menampilkan aksi baik pada separuh masa pertama namun mampu menjaringkan gol penting menerusi Fellaini.

“Separuh masa kedua pasukan beraksi lebih baik dan kami layak menang malam ini. Misi terlaksana dan kami dalam pusingan ke-16,” katanya. – Agensi