Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON95 dan RON97 dinaikkan sebanyak 20 sen, masing-masing kepada RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter sepanjang bulan Februari ini.

Harga diesel juga naik 15 sen kepada RM2.15 seliter.

Kenaikan ini merupakan peningkatan dua bulan berturut-turut bagi harga bahan bakar di Malaysia.

Pada Januari lalu harga RON95 ialah RM2.10, RON97 (RM2.40) dan diesel RM2.05 seliter.

Penetapan harga minyak untuk bulan Februari berdasarkan purata harga sepanjang bulan Januari. Malaysia menggunakan sistem apungan bebas bagi menentu harga minyak sejak 1 Disember 2014. – MalaysiaGazette