Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei hari ini.

Ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Lawatan itu bertujuan membuka peluang kepada kedua-dua negara meneroka dan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

Setiausaha Akhbar TPM, Brig. Jen. Datuk Fadzlette Othman Idris Merican berkata, semasa lawatan itu, Ahmad Zahid dijadualkan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Selain itu dalam lawatan sama, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Abu Bakar Apong dan Menteri Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Pehin Mohammad Yasmin Umar,” katanya – MalaysiaGazette