Home Dunia 4 tentera cedera helikopter terhempas, terbakar

4 tentera cedera helikopter terhempas, terbakar

FORT CAMPBELL – Empat orang tentera cedera selepas helikopter UH-60 Black Hawk dari Divisyen Udara 101 yang dinaiki terhempas dan terbakar di pos tentera Fort Campbell.

Nahas itu berlaku pada pukul 11 pagi, hari Selasa, ketika mereka sedang membuat latihan.

Mangsa-mangsa yang cedera itu telah dibawa ke pusat perubatan di Nashville, Tennessee dan Hospital Komuniti Tentera Blanchfield di Fort Campbell. – MalaysiaGazette