Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Ir. Mohizam Ibrahim beramah mesra dengan veteran UMNO dan menyampaikan sumbangan pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Sekolah Kebangsaan Ijok, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

KUALA SELANGOR – Kerajaan mendekati dan membela rakyat dengan perubahan dasar bantuan pukal kepada bantuan bersasar atau ‘targeted assistance’ tanpa protokol ketat, kata Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dua pendekatan itu adalah dasar yang sedang dilaksanakan kerajaan secara konsisten dan ikhlas supaya rakyat mudah didekati pemimpin dan bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasar tanpa ketirisan.

“Saya tidak mahu ada protokol ketat bodyguard atau karpet merah semasa pemimpin turun berjumpa dan berinteraksi bersama rakyat kerana ia hanya menjejaskan hubungan mesra

“Saya menggunakan pendekatan bertemu rakyat tanpa protokol sebegitu supaya setiap dasar dan agenda pembangunan rakyat yang mahu dilaksanakan kerajaan dapat diterjemah kepada masyarakat majmuk secara langsung dan telus.

“Hari ini saya senang hati kerana disambut rakyat dengan gembira dan tulus ikhlas bukannya disambut oleh permaidani merah dan dikawal ketat atau buah mangga,” katanya semasa berucap merasmikan Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor, di Sekolah Kebangsaan Ijok, Ijok dekat sini.

Reaksi ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika bersarapan pagi dengan para penalayan turut kelihatan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Ir. Mohizam Ibrahim hadir pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Jeti Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Ir.Mohizam Ibrahim dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kerajaan juga melaksanakan dasar bantuan bersasar menggantikan bantuan pukal untuk memastikan golongan sasaran bermanfaat dan mendapat imbuhan kerajaan tanpa masalah.

Katanya, ini kerana banyak ketirisan berlaku sekiranya bantuan secara pukal diberikan misalnya subsidi minyak yang jelas menguntungkan pemilik kenderaan besar, pelancong dan pekerja asing berbanding rakyat miskin tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Ir. Mohizam Ibrahim melawat jeti nelayan pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Jeti Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

“Kalau subsidi dimansuh kini ia dipindah dalam bentuk bantuan bersasar untuk mengelak golongan sasaran sperti rakyat miskin dan nelayan khususnya bermanfaat.

“Saya sempat berbual dengan beberapa nelayan di Kampung Sungai Sembilang tadi yang mengakui menerima bantuan RM300 elaun nelayan terus daripada kerajaan tanpa masalah selain bantuan membaiki rumah usang dan bot nelayan.

“Jadi inilah antara jaminan kerajaan laksanakan dalam bentuk bantuan bersasar, jadi kita janganlah kutuk kerajaan dengan kebaikan yang disalurkan selama ini dan ubah cara fikiran memajukan diri dan menegakkan kawasan kita dan negara secara umum,” katanya.

Beliau dalam majlis sama telah meluluskan peruntukan tambahan RM1.5 juta lagi untuk Pembangunan Hub Nelayan sebagai Pusat Agro Pelancongan Kampung Sungai Sembilang, Jeram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Ir. Mohizam Ibrahim beramah mesra dengan keluarga para nelayan ketika hadir pada Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor di Jeti Nelayan Sungai Sembilang, Jeram, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017

Katanya peruntukan tambahan itu akan membantu mentransformasikan kehidupan nelayan dengan membolehkan mereka menjual hasil tangkapan laut tanpa campur tangan orang tengah dengan harga sendiri dan meningkatkan pendapatan.

“Para nelayan yang saya bicara pagi tadi mengakui proses itu sedang berlaku di sini dan kewujudan ‘fenomena skymirror’ manarik pelancong asing ke daerah ini khususnya dari 2,000 orang dari China.

“Inilah perubahan yang dapat dibawa kepada nelayan dan kerajaan kepimpinan BN berjaya membawa perubahan itu dan akan sentiasa membela rakyat,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette