KOTA BHARU- Suspek wanita yang dipercayai mengelar bayinya sehingga mati direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Rusli Ahmad di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab kira-kira 9 pagi tadi berikutan suspek masih menerima rawatan di wad berkenaan.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan tindakan kejam seorang ibu yang membunuh anaknya sendiri yang berusia dua bulan dengan mengelar leher bayi tersebut dengan pisau pemotong sayur.

Kejadian berlaku di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan.

Bayi malang, Nur Areesa Sofea Jiri yang merupakan anak ketiga suspek ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah di sebuah kuarters perumahan tentera itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata semalam, ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah dipercayai keluar ke kedai.

Katanya, dua adik beradik mangsa yang lain berjaya melarikan diri apabila melihat perbuatan itu dan kejadian tersebut disedari jiran mereka.

Suspek dipercayai mengalami gangguan emosi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast