Home Ekonomi Pemilik hartanah Malaysia di Australia diarah jual aset

Pemilik hartanah Malaysia di Australia diarah jual aset

Scott Morrison

SYDNEY – Malaysia antara 15 pemilik hartanah asing di Australia yang diarahkan supaya menjual semula aset-aset
kerana didapati membeli tanpa mendpaat kelulusan negara itu.

Tindakan itu susulan penguatkuasaan peraturan pelaburan luar negara yang sehingga tahun lalu jarang digunakan.

Pemilikan asing lain termasuk warga negara China, India, Indonesia, Iran, United Kingdom dan Malaysia.

Bendahari, Scott Morrison berkata, sejumlah 61 hartanah telah diarah dijual semula sejak bulan Mei tahun lalu dengan nilai A$107 juta (AS$82 juta).

Australia berkata, warga asing yang mahu memiliki kediaman di negara itu perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Kajian Pelaburan Asing.

Harga kediaman di Sydney telag meningkat dua kali ganda sejak tahun 2009, menjadikan Australia bandar kedua yang menawarkan kediaman mahal selepas Hong Kong, menurut Demographia. – MalaysiaGazette