Sergio Aguero, dikhabarkan kuat untuk meninggalkan Man City akhir musim ini selepas dipinggirkan pengurusnya Pep Guardiola dalam beberapa perlawanan EPL lalu.Foto: The Sun

ENGLAND – Manchester City bersedia untuk ‘meminang’ Pierre-Emerick Aubameyang sekiranya bintang Borussia Dortmund membuat keputusan untuk meninggalkan Kelab Sergio Aguero.

Kehadiran dan prestasi cemerlang penyerang muda Gabriel Jesus menguatkan khabar kononnya Aguero tidak lagi menjadi pilihan utama Guardiola.

Malah tiga gol dalam dua penampilan bersama the Noisy Neighbours itu menambah desas-desus, Aguero perlu bersaing untuk beraksi dalam pasukan pertama.

Pemain antarabangsa Argentina itu dikhabarkan melihat peluang untuk meninggalkan kelab Stadium Etihad tetapi menafikannya tetapi akan mempertimbangkan masa depannya di akhir musim ini.

Aubameyang, 27, menjaringkan 21 gol bersama kelab Bundesliga musim ini.

Aubameyang merupakan pilihan ketiga dalam senarai Guardiola yang kini bersedia mencuba habis-habisan untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Guardiola gagal dalam usaha membawa masuk Lionel Messi dari Barcelona dan penyerang berbisa, Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang hampir sah berhijrah ke Old Trafford untuk menyertai skuad Jose Mourinho.

Agen Aubameyang telah dihubungi mengenai hasrat Manchester City itu tetapi Guardiola berdepan saingan sengit daripada pasukan Gergasi Sepanyol, Real Madrid yang kini dihadapan. – MalaysiaGazette