Home Dunia Kakitangan mogok, lapangan terbang Jerman terjejas

Kakitangan mogok, lapangan terbang Jerman terjejas

JERMAN – Lebih 137 penerbangan dibatalkan selepas kakitangan darat di dua lapangan terbang di Jerman – Tegel dan Schoenefeld melancarkan mogok.

Mogok itu dilancarkan oleh kesatuan pekerja Verdi yang menuntut kenaikan gaji antara 10 peratus kepada 12 euro sejam.

Verdi berkata, kakitangan darat memaklumkan tugas mereka termasuk pemunggahan pesawat dan menunjuk arah pesawat di landasan, dibayar dengan gaji yang kecil sedangkan tugas semakin meningkat disebabkan pertambahan jumlah penumpang.

Jumlah penumpang di lapangan Tegel dan Schoenefeld, kedua-duanya meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun lalu.

Mogok juga diadakan di lapangan-lapangan terbang kecil di Hamburg dan Stuttgart.

Beberapa syarikat penerbangan seperti Lufthansa, easyJet, Air Berlin dan Ryanair terpaksa membatalkan penerbangan. – MalaysiaGazette