Home Dunia Marah anak, ibu bapa hentikan permainan rollercoaster

Marah anak, ibu bapa hentikan permainan rollercoaster

Berpuluh-puluh orang terperangkap di atas tempat duduk rollercoaster selepas permainan itu dihentikan secara tiba-tiba. Foto SCMP

BEIJING – Berang dengan anak perempuannya yang menyelinap masuk ke sebuah taman tema di Queershan Park di Liuzhou dan menaiki rollercoaster bertindak menghentikan permainan itu yang sedang bergerak separuh pusingan.

Tindakan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang terperangkap pada tempat duduk masing-masing.

Pada awalnya orang ramai beranggapan gangguan itu disebabkan permainan itu tidak dapat berfungsi tetapi kemudian dimaklumkan permainan itu dihentikan oleh ibu bapa kepada seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

Permainan itu beroperasi semula selepas semua penumpang dibawa turun terlebih dahulu.

Ibu bapa remaja berkenaan telah memasuki pusat kawalan taman tema itu dan mahu rollercoaster dihentikan serta-merta supaya mereka dapat membawa balik anak mereka.

Mereka kemudian semakin bimbang selepas mendapati anak mereka telah berada di atas permainan itu meskipun telah dilarang.

Bagaimanapun, laporan media tidak memaklumkan sama ada ibu bapa remaja itu dikenakan tindakan di atas perbuatan mereka. – MalaysiaGazette