Home Utama Pengarah agensi kerajaan, isteri ditahan SPRM

Pengarah agensi kerajaan, isteri ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Suspek yang berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang kira-kira pukul 12 tengah hari tadi,

Turut ditahan dalam operasi tersebut ialah isterinya berusia 36 tahun yang juga merupakan pembantu tadbir di agensi kerajaan tersebut di pejabatnya.

Menurut sumber, SPRM juga telah menahan dua orang pemilik syarikat yang dipercayai telah menerima kontrak-kontrak daripada pengarah tersebut.

Kedua-duanya ditahan antara jam 8.10 pagi dan 3.30 perang di Shah ALam dan Alor Setar.

Pengarah tersebut dipercayai telah menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada kontraktor-kontraktor yang berkepentingan.

Menerusi siasatan awal yang dijalankan, suspek disyaki menerima sejumlah wang rasuah daripda kontraktor-kontraktor supaya syarikat mereka dipilih semula untuk melaksanakan projek-projek pada masa akan datang.

‘Kontraktor-kontraktor yang dilantik juga dikatakan menggunakan nama beberapa syarikat berlainan ketika menghantar sebut harga untuk mengaburi jawatan kuasa pemilihan sebutharga,” ujarnya.

SPRM sedang mengumpul semua maklumat berhubung perbuatan suspek tersebut dan juga projek-projek yang telah diluluskannya sehingga kini.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua suspek tersebut akan direman esok untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette