Home Ekonomi Jualan sektor pembuatan catat RM61.5b Disember 2016

Jualan sektor pembuatan catat RM61.5b Disember 2016

KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan pada Disember 2016 mencatatkan RM61.5 bilion, peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding RM55.6 bilion tahun sebelumnya.

Jabatan Statistik berkata, jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Disember 2016 pula seramai 1,032,897 orang, meningkat sebanyak 0.6 peratus atau 5,853 orang berbanding 1,027,044 orang pada Disember 2015.

Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada Disember 2016 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada  RM3.454 bilion

Produktiviti meningkat sebanyak 10.0 peratus kepada RM59,534 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette