Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) mahu Interpol membuka semula kes siasatan Allahyarham Jalil Ibrahim dan skandal BMF.

Pegawai Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah berkata, pembunuhan Jalil yang juga juruaudit BMF pada tahun 1983 itu ada kaitan dengan skandal BMF.

Selain itu, PMSP juga mahu Interpol siasat kes kerugian Bank Negara Malaysia akibat urusniaga mata wang sepanjang tahun 1991 hingga tahun 1993.

Siasatan semula perlu memandangkan ada perkembangan terbaharu seperti dilaporkan oleh CIA dan pengakuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini, katanya.

“PMSP juga mahu tindakan membekukan aset Perdana Menteri ketika itu (Tun Mahathir Mohamad) termasuk dakwaan beliau ada jongkong emas di Itali seperti tular di media sosial,” ujarnya ketika ditemui di Kedutaan Besar China di sini petang tadi.

Mahathir kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurut Shafik, proses menyita aset merupakan prosedur biasa dalam sesuatu kes siasatan.

Menurut Shafiq, dokumen dan surat desakan itu disampaikan kepada wakil kedutaan itu memandangkan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Meng Hong Wei juga merupakan Presiden Interpol.-MalaysiaGazette